Labels

Kemahiran menulis

KEMAHIRAN MENULIS
             
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagi jenis penulisan. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas, kemas dan cantik hendaklah digalakkan. Aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur meliputi Hasil Pembelajaran bertanda 8.0 hingga 11.0 dalam sukatan. 


Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah kebolehan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.


8. 0  Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana


8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan.
8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.


Cadangan Aktiviti
i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk daripada bahan rangsangan.
ii. Murid membina ayat tunggal dan majmuk dalam masa tertentu berdasarkan tajuk yang diberi.
iii. Menyalin perkataan dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.
iv. Menggunakan kata kunci untuk membina ayat isi.
v. Berbincang untuk membuat kerangka karangan berdasarkan tajuk yang diberi.


9. 0 Mencatat dan menyusun maklumat
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.


Cadangan Aktiviti
i. Mencatat perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca dengan ejaan dan tanda baca yang betul serta tulisan yang kemas dan jelas.
ii. Mendapatkan maklumat berupa isi-isi penting.
iii. Bekerja dalam kumpulan menyusun maklumat mengikut urutan. Contoh: Takwim sekolah, atur cara majlis


10. 0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif1
10. 1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
10. 2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10. 3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca.


Cadangan Aktiviti
i. Menulis karangan lengkap.
ii. Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan,perkataan dan tanda baca dalam petikan.
iii. Mengasingkan isi penting dan isi sampingan daripada petikan.


11. 0 Membuat ulasan, tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca.
11. 1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
11. 2 Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, dan nilai dan pengajaran.
11. 3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11. 4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihal lain.


Cadangan Aktiviti
i. Menyatakan secara bertulis sebab perkataan dan ayat tersebut dianggap menarik dengan memberikan contoh.
ii. Memberikan pendapat tentang perkara yang menarik dan nilai serta pengajaran yang terdapat dalam karya tersebut.
iii. Perbincangan kumpulan untuk menentukan tema dan persoalan sesebuah karya yang dibaca.
iv. Meneliti dan memberikan komen terhadap pandangan yang ditulis oleh pembaca dalam akhbar. Contoh: Pandangan pembaca dalam ruangan surat pembaca atau komentar pembaca.

1 comment:

ahowk orang islam said...

bagus ni, sy mmg x mahir menulis..