Labels

Kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi dan kelancaran yang betul dan memahami ayat dan teks yang dibaca. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis.  Aspek Kemahiran Mendengar Membaca meliputi Hasil Pembelajaran bertanda 5.0 hingga 7.0 (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah). Aktiviti Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, serta membaca, menaakul dan menghayati teks.

contoh huraian dan aktiviti bagi kemahiran membaca ialah :

5. 0     Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.
5.1       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

5.2              Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer, serta memahami perkara yang dibaca.

Cadangan Aktiviti
i.                     Meneliti bacaan rakan dan memilih bacaan yang terbaik dari segi sebutan dan intonasi.
ii.                   Menyampaikan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul.

6. 0     Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai  teks
6.1       Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2       Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3       Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4       Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.

6.5       Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatakan maklumat khusus.

6.6              Membaca dan membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan.

Cadangan Aktiviti
i.                     Merujuk kamus dan mencari makna, ejaan dan sebutan yang betul bagi perkataan yang dipetik daripada teks yang dibaca

ii.                   Membandingkan penggunaan kata, frasa, rangkai kata, dan ayat dalam sesuatu genre. Contoh: Membandingkan teks surat dengan laporan.

iii.                  Meneliti perenggan dan menggaris bawah frasa isi penting dalam teks.

iv.                Membaca tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam buku, brosur dan majalah untuk  mendapatkan gambaran awal.

v.                  Membaca sambil menggaris baw ah fakta-fakta yang berkaitan untuk mengukuhkan maklumat yang sedia ada.

vi.        Membaca bahagian aw al cerita dan meramal kesudahan cerita tersebut.

7. 0     Membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca
7.1       Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2       Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.
7.3              Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Cadangan Aktiviti
i.              Meneliti dan mengecam ayat yang membawa maksud lain.

ii.                    Mendeklamasi sajak dan mengesan ayat yang meninggalkan kesan kepada pembaca. Contoh sajak: ‘Ke Makam Bonda’ oleh Usman Awang

iii.                  Membaca dan menceritakan semula isi teks yang telah dibaca.

No comments: